Skip to main content

Sukan SEA

Bola Sepak: Adib enggan dibuai kemenangan lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adib.jpg
Kapten skuad bola sepak B-22 tahun negara, Adib Zainuddin, enggan menjadikan kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dalam aksi kelayakan Kejohanan AFC B-23 tahun di Bangkok bulan lalu sebagai ukuran kekuatan pasukan itu menjelang aksi separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, esok.

Pertahanan Felcra United itu sedar Indonesia tampil lebih ampuh dalam saingan Sukan SEA kali ini.

Selepas lima perlawanan peringkat kumpulan, skuad binbingan Luis Milla Aspas itu hanya melepaskan satu gol, iaitu ketika aksi berdepan Thailand.

"Kami menyedari bahawa berdepan Indonesia merupakan satu perlawanan yang sangat penting buat kami.

"Mereka berazam untuk membalas dendam selepas kami meraih kemenangan di Bangkok. Kami akan cuba meraih kemenangan untuk mara ke final," kata Adib.

Baginya, moral dalam pasukan kini berada pada tahap tinggi dan dia juga bertekad untuk tampil lebih konsisten dalam perlawanan esok bagi memastikan ibu segala pingat emas menjadi milik Malaysia. 

"Saya dan rakan sepasukan mengharapkan jentera serangan mampu menjaringkan gol dan mengikut setiap strategi yang telah ditetapkan oleh jurulatih,” tambahnya.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video