Bola keranjang rancang gegar Sukan SEA enam tahun lagi

Shaiful Shamsudin
Januari 9, 2022 21:32 MYT
Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Lee Tian Hock, yang baru terpilih menjanjikan transformasi dan optimis menyasarkan satu pingat dalam Sukan SEA dalam tempoh enam tahun.
Tian Hock turut menyuntik dana sebanyak RM1 juta kepada MABA sebagai perbelanjaan tahunan sekali gus meyakinkan kemajuan operasi persatuan itu.
"Saya sudah menyuntik dana RM1j tapi selepas itu kami perlu mencari dana lagi daripada pihak berwajib seperti daripada kementerian.
"Kami akan cuba memenangi medal dan acara tiga lawan lawan dianggap peluang menarik buat kami, selepas itu barulah kami akan beralih ke kategori lain secara berperingkat.
"Enam tahun diberikan untuk pembangunan agar kami cukup bersedia.
"Pelan kami ialah memenangi medal dalam tempoh enam tahun.
"Kami mahu meraih pencapaian lebih baik berbanding Sukan SEA terdahulu," katanya.
Sementara itu, satu mesyuarat exco akan diadakan pada 22 Januari depan bagi memperincikan perancangan serta perjalanan MABA.
#Sukan SEA #Bola Keranjang #MABA
;