Bola Keranjang Kebangsaan: Negeri Sembilan selangkah pertahan kejuaraan

Shaiful Shamsudin
Julai 29, 2023 19:21 MYT
Negeri Sembilan meneruskan misi mempertahankan gelaran mereka dalam Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Edisi Ke-27 apabila menyingkirkan finaalis tahun lalu, Sabah, sebentar tadi.
Negeri Sembilan selesa meneruskan rentak lima kemenangan di peringkat kumpulan selain memiliki pemain berpengalaman yang rata-ratanya membarisi skuad kebangsaan.
Michael Munnesvicky paling menyinar apabila menyumbangkan 34 mata dalam kemenangan 97-60, sekali gus menempah slot ke final.
Penentuan tempat kelima dan enam pula menyaksikan ATM menepati ramalan dengan menundukkan Labuan 81-72.
Kedua-dua pasukan sama handal terikat 33-33 dalam babak kedua.
Tetapi dalam suku ketiga barulah anak buah Faiz Baharudin itu tampak lebih garang dengan meningkatkan tempo permainan dengan Khairul Akhram Muhammad dan Adam Latiff menjadi tunjangan kemenangan dengan masing-masing menyumbang 22 mata bagi ATM merampas kedudukan lima.
Sementara itu, klasifikasi tempat ketujuh-kelapan berpihak kepada Melaka dengan jurang besar 96-45.
#Bola #Keranjang #Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan
;