BOLA JARING

Bola Jaring Asia: Malaysia tamatkan kempen di tempat ketiga

Muzaffar Musa 27/10/2024 | 07:32 MYT
Skuad bola jaring negara menamatkan kempen Kejohanan Bola Jaring Asia 2024 di tempat ketiga selepas menewaskan Hong Kong 67-48 dalam perlawanan di Bengaluru, India, sebentar tadi.
Malaysia gagal ke final selepas tewas 46-54 kepada juara tiga kali, Singapura, semalam.
Ia sekali gus menyaksikan skuad negara tidak dapat mengulangi kejayaan ke penentuan gelaran yang kali terakhir dilakukan pada 2016, di mana Malaysia bergelar juara menewaskan Sri Lanka dalam final.
Kemenangan dalam aksi kali ini menyaksikan skuad negara menyamai pencapaian dua edisi lalu, iaitu pada 2022 dan 2018.
#Bola Jaring #Kejohanan Bola Jaring Asia
;