Skip to main content

Sukan Lain

Bola jaring Asia: Malaysia kekal rekod tanpa kalah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-india-netball.jpg
Skuad bola jaring negara meneruskan rentak kemenangan apabila selepas menundukkan tuan rumah, India, 81-23 Kejohanan Asia.

Selepas membelasah Arab Saudi 87-3 semalam, skuad kebangsaan tampil cemerlang dengan tidak memberi ruang kepada pemain tuan rumah.

Purata 20 mata dijaringkan barisan hadapan pemain negara dalam setiap empat suku perlawanan.

Pemain negara mendahului 20-8 sebelum jumlah yang sama direkodkan dalam suku kedua untuk membolehkan skuad negara mendahului 40-16 dalam masa pertama.

Dengan pungutan mata diketuai Nur Maisarah dan kapten tengah, Fariha Razak, kedudukan Malaysia kian selesa.

Malaysia terus mempamerkan prestasi hebat dalam suku ketiga dengan mencatat 23 mata tatkala pertahanan negara hanya melepaskan tiga mata anak buah Choo Kon Lee itu menokok 18 mata lagi bagi memastikan kemenangan mutlak 81-23.

Malaysia akan berdepan pendahulu Kumpulan A yang pasukan pilihan iaitu Sri Lanka, esok. 

Advertisement

Must Watch Video