SINGAPURA 54 MALAYSIA 41

Impian Malaysia untuk menembusi Piala Dunia selepas edisi 2011 tidak kesampaian apabila tewas 41-54 dalam pertemuan separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia di OCBC Arena, sebentar tadi.


Pasukan tuan rumah, Singapura, tanpa membuang masa terus mempamerkan aksi yang agresif untuk beberapa kali memerangkap Malaysia dalam perebutan slot finalis yang menawarkan tempat ke Piala Dunia di Cape Town, Afrika Selatan, tahun depan.

Begitupun, kekuatan kedua-dua pasukan dalam suku pertama masih seimbang dengan dua mata sahaja memihak kepada Singapura.

Namun, hasrat Malaysia untuk mendapatkan rentak yang lebih selesa dinafikan Singapura yang cukup bertenaga dan dahagakan mata.

Sokongan padu daripada penyokong juga jelas menjadi kelebihan buat mereka di mana Malaysia ada beberapa ketikanya mudah dihukum.




Corak permainan Singapura kekal di sebalik Malaysia berhasil untuk merapatkan jurang dengan menamatkan suku ketiga 36-33.




Malaysia terus berusaha mengejar mata dalam suku terakhir tetapi tidak menjadi kenyataan apabila segalanya serba tidak menjadi untuk akur dengan kekalahan 41-54.

Malaysia akan mengharungi perebutan tempat ketiga berdepan Hong Kong yang dikalahkan Sri Lanka 43-67.

Kredit imej: netballsingapore