PARALIMPIK

Bocce Asia Pasific Olimpik Khas: Kontinjen negara bawa pulang empat emas

Shaiful Shamsudin 06/12/2024 | 09:44 MYT
'Istimewa & hebat.' Itu ungkapan terbaik untuk menyifatkan atlet yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bocce Asia Pasifik Olimpik Khas di New Delhi, India.
Secara keseluruhannya kontinjen negara membawa pulang empat pingat emas, satu perak dan tiga gangsa yang satu petanda positif buat pasukan Olimpik Khas Malaysia dalam mencipta nama di persada antarabangsa.
"Apa yang menjadikan kami bersemangat dan yakin ialah komitmen atlet-atlet ini.
"Walaupun tinggal jauh tapi mereka tidak mengecewakan kami apabila datang menjalani latihan di Cyberjaya," kata Pengarah Sukan Olimpik Khas Putrajaya, Datuk Yusof Abdullah, di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Wakil Malaysia Olimpik Khas, Raaginee Shalesh, berharap agar lebih ramai pihak memberikan sokongan buat atlet yang terlibat dengan Olimpik Khas ini.
Tambahnya: "Hanya satu yang saya harapkan-- agar masyarakat memberi sokongan dan menjadi sukarela serta memahami kanak-kanak istimewa ini mampu berjaya."
Lebih-lebih mereka sudah pun membuktikan mereka mampu menuai pingat di peringkat yang lebih tinggi.
"Saya suka bermain bocce, saya sangat suka kerana ia sangat mudah untuk dimainkan dan saya mahu bermain untuk negara saya," kata pemenang dua emas, Ryan Raveen Raj.
#Olimpik Khas #Bocce Asia Pasific Olimpik Khas #Bocce
;