Skip to main content

Sukan Lain

Birmingham puas hati penambahbaikan Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

24718paulbirmingham.jpg
Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham, berpuas hati dengan kolam renang di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil apabila barisan perenang kini sudah mula menjalani latihan di sana sejak penghujung bulan lalu.

Walaupun masih belum berlatih sepenuh masa di Pusat Akuatik Bukit Jalil, Birmingham bagaimanapun melihat struktur kolam dan fasiliti di sana berada dalam keadaan yang baik untuk digunakan.

Perenang negara kini masih bergilir-gilir menjalani latihan di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan dan berkemungkinan berpindah sepenuhnya ke Bukit Jalil pada awal bulan depan.

Namun, Birmingham tidak melihat ia sebagai masalah jika mereka kekal berlatih di Kampung Pandan kerana tiada perbezaan ketara berbanding di Bukit Jalil.

"Venue di sini lengkap dengan ditambah beberapa fasiliti yang canggih. Transformasi yang sangat mengagumkan. Jadi, ia dapat membantu persiapan atlet walaupun kini mereka terpaksa mengharungi latihan di dua venue berbeza," katanya.

Skuad negara kini tidak akan terlibat dengan mana-mana kejohanan lagi sebelum temasya KL2017 bermula bulan depan.

Perancangan untuk ke latihan intensif di Sarawak juga dibatalkan selepas mengambil kira beberapa faktor, terutama daripada segi masa yang singkat.

"Pada mulanya ada perancangan untuk membuat latihan pusat di Sarawak, namun pelan tersebut terpaksa dibatalkan kerana tempoh yang agak singkat, ditambah kebanyakan atlet masih lagi letih daripada kejohanan-kejohanan yang disertai mereka."

Advertisement

Must Watch Video