Skip to main content

Sukan Lain

Bila masuk muay thai, tolong jaga adab dan guna otak! -- Johan Ghazali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gha.jpg
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, menyelar tindakan sebahagian pempengaruh dan penganjur perlawanan sukan muay thai yang menggunakan 'pemasaran murahan' demi kepentingan peribadi.

Malah, dia turut menyeru setiap individu yang terlibat sentiasa bertanggungjawab menjaga adab dan etika agar tidak mencemarkan nama sukan itu yang semakin meningkat naik di Malaysia.

"Betul-betul memalukanlah sekarang, zaman sekarang macam-macam pempengaruh, selebriti dan orang-orang nak acah jadi petarung. Berlatih dua tiga minggu selepas itu nak naik ring (gelanggang).

"Korang nak gaduh, acah jadi petarung suka hati koranglah. Buatlah apa yang korang nak tetapi apabila masuk dalam sukan muay thai jaga adab dan etika.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MYBERITA (@myberitaonline)



"Jangan bawa perangai bangang korang dekat sini, lagi-lagi penganjur sekarang semua takda etika. Sebelum ingin buat pemasaran, pakailah otak dahulu. 

"Tak susah nak jaga adab, ada hitam putih. Jangan sesuka hati guna poster muka orang lain sana sini untuk pemasaran murah kalian. Untuk petarung memang sukan ini banyak duit, tetapi bagaimana sukan ini nak maju dekat Malaysia kalau selalu ikuti perlawanan murah dengan selebriti.

"Sesekali okay, tapi apabila sudah melampau begini dan penganjur bawa perangai bangan memang merosakkan. Tolong jaga adab. Saya berusaha menaikkan sukan muay thai. Jangan melampau dan gunakan otak!" katanya dalam satu video yang tular.

Untuk rekod, petarung ONE Championship negara itu bakal kembali ke gelanggang dalam One Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, September depan dan akan berdepan wakil Maghribi, Zakaria El Jamari, dalam kategori flyweight.
 
Boxing Glove

Latih Dengan Selamat & Bijak

Sarung tangan Muay Thai yang selesa & tahan lasak, direka untuk training dengan teknik betul sambil menjaga keselamatan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video