PARALIMPIK
Bila jadi istimewa jangan malu, kejayaan akan menyusul -- Ziyad Zolkefli
Atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad bin Zolkefli, berkongsi kisah suka dan dukanya dalam arena sukan dimana sebelum menceburi acara lontar peluru dia telah beraksi dalam pelbagai bidang sukan lain.
Dia mempunyai misi untuk memperkenalkan Sukan Paralimpik kepada masyarakat selain mencipta nama sebagai atlet yang pernah mencipta nama di temasya sukan paling berprestij itu.
Dalam pada itu, dia juga percaya sekiranya melakukan yang terbaik maka kejayaan akan datang kemudian.
Iklan
"Dalam bidang sukan macam-macam saya sudah ceburi seperti ragbi, bola sepak, futsal, 400 meter dan pada akhirnya saya rasakan sukan lontar peluru kena dengan diri saya.
"Saya tidak boleh bermain dalam pasukan, sampai saya berjaya ke tahap kebangsaan, saya mahu teruskan ke peringkat ASEAN dengan motivasi baru, malah ke Asia dan peringkat dunia juga menang dan itulah motivasi saya setiap hari untuk konsisten.
"Misi utama saya untuk perkenalkan Paralimpik, itu misi utama saya dalam masa yang sama untuik mencipta nama. Saya mahu menjadi legenda, biar orang tahu paralimpik bermula daripada saya dan kawan saya.
"Bila jadi istimewa jangan malu, buat yang terbaik dan kejayaan akan datang menyusul." kata Ziyad Zolkefli.
Must-Watch Video