Best of 2024: Sensasi Bonnie Bunyau di Paris momen terbaik pilihan Hannah Yeoh

Muzaffar Musa
Disember 19, 2024 15:30 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memilih sensasi yang dicetuskan jaguh powerlifting negara, Bonyie Bunyau Gustin, dalam Sukan Paralimpik Paris sebagai momen sukan terbaik sukan Malaysia sepanjang tahun ini.
Pada September lalu, juara dunia kategori 72kg itu mempertahankan pingat emasnya di Tokyo 2020 dengan angkatan 232kg, yang sekali gus memecahkan rekod dunia.
Lebih menarik, dia melakukan angkatan itu pada ketika sedang bergelut dengan kecederaan bahu kiri.
"Memori paling indah saya sepanjang 2024 ialah sewaktu di Paris, di mana saya dapat menyaksikan Bonnie Bunyau memenangi pingat emas Sukan Paralimpik dengan memecahkan rekod dunia.
"Pada ketika itu, saya amat tersentuh hati melihatnya mengatasi banyak cabaran untuk memenangi emas itu," katanya.

Sensasi Bonnie Bunyau di Paralimpik menerusi kejayaan pertahan emas & pecah rekod dunia jadi detik terbaik buat YB Hannah Yeoh? Indeed, satu kejayaan yang cukup membanggakan! ?? ? Jom kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di https://t.co/vIzW9V2rYe #Bestof2024 pic.twitter.com/dBqSWeLn4D

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Powerlifting #Bonnie Bunyau Gustin #Hannah Yeoh #Best of 2024
;