TINJU

Best of 2024: Pertarungan Mike Tyson, Jake Paul pilihan Presiden Persatuan Tinju Malaysia

Najmi Iman 27/12/2024 | 08:01 MYT
Presiden Persatuan Tinju Malaysia, Datuk Iruan Zulkefli, memilih pertarungan legenda tinju dunia, Mike Tyson, dan pempengaruh, Jake Paul, di Stadium AT&T sebagai aksi yang tidak dapat dilupakan pada tahun 2024.
Mike Tyson, bekas juara dunia kategori heavyweight berusia 58 tahun itu, berkongsi gelanggang bersama pempengaruh yang bertukar karier menjadi petinju, Jake Paul, 27, dalam pertarungan pertama sang legenda itu dalam tempoh 19 tahun.
Selepas hampir setahun menantikan pertembungan ini, akhirnya dua individu ini berkongsi gelanggang dengan misi untuk membuktikan siapa yang terulung.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Perlawanan di antara Mike Tyson dan Jake Paul merupakan momen terbaik saya sepanjang 2024.
"Mereka menghidupkan semula dunia sukan tinju tatkala membantu peminat Malaysia meminati sukan tersebut," katanya
#Tinju #Mike Tyson #Jake Paul #Best of 2024
;