SUKAN-LAIN

Best of 2024: Gelaran juara dunia momen terbaik Zmarul Al Adam

Najmi Iman 20/12/2024 | 06:51 MYT
Zmarul Al Adam menganggap pencapaian yang diraihnya sebagai juara dunia merupakan momen terbaik 2024 apabila berbangga dapat berbakti buat negara tercinta.
Pemenang Kejohanan Dunia 2024 kategori 'light middleweight' itu turut sebak dapat memecahkan kebuntuan merangkul gelaran juara sambil melihat Jalur Gemilang berkibar megah di Maldives.
"Sudah semestinya merangkul gelaran juara dunia buat kali pertama kerana saya sudah menunggu saat ini lebih daripada tujuh tahun.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Penantian lebih kurang 10 tahun dalam acara berpasukan untuk Malaysia.
"Jadi saya dah pecahkan kemarau itu dan sangat gembira selain berbangga menyaksikan lagu NegaraKu berkumandang.
#Bina Badan #Best of 2024 #Zmarul Al Adam
;