SUKAN LAIN
Berpasukan Asia: Nur Izzudin-Sze Fei bukan sekadar simpanan
Pemain beregu lelaki negara, Nur Izzudin Rumsani, menegaskan bahawa dia dan gandingannya, Goh Sze Fei, bukan sekadar wakil simpanan dalam skuad negara menjelang kempen Kejohanan Berpasukan Asia di Manila bermula Selasa ini.
Gandingan itu pada satu ketika pernah dicanang sebagai beregu masa depan negara dan dilihat lebih berpotensi berbanding Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang kini bergelar beregu nombor satu Malaysia.
Begitupun, ketidaktentuan prestasi menyaksikan mereka gagal menempatkan diri dalam kelompok 20 beregu terbaik dunia.
Iklan
Usaha mereka untuk kembali menambat hati barisan kejurulatihan negara di Filipina juga akan berdepan kesukaran dengan kehadiran beregu profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Bagi Izzudin, dia dan Sze Fei masih mampu memainkan peranan penting dalam skuad negara.
"Kami tidak kisah, semuanya terpulang kepada jurulatih.
"Tetapi jika kami dapat peluang untuk bermain, kami akan menyumbangkan satu mata.
"Pada saya, beregu Malaysia juga kuat, jadi tiada masalah untuk memberikan mata," katanya.
Editor: Muzaffar Musa
Must-Watch Video