Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal trek: Layak secara merit tetapi kenapa tidak dihantar ke Kejohanan Dunia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

john-beasley.jpg
Itu persoalan yang membelenggu peminat sukan berbasikal trek tanah air selepas barisan pelumba negara, Fadhil Zonis, Akmal Nazimi dan Ridwan Sahrom, disahkan tidak akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Santiago, Chile bulan depan.

Pengarah Teknikal Skuad Berasikal Trek Negara, John Beasley, mendedahkan bahawa trio negara itu mencatatkan masa 44.46 saat dalam sesi percubaan acara pecut berpasukan dan gagal melepasi rekod kebangsaan, 43.934 saat, yang dilakukan Datuk Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan Fadhil dalam Sukan Asia di Indonesia pada 2018.

Beasley, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, turut berkata pihaknya mahu mengelakkan pembaziran memandangkan kos yang tinggi untuk ke kejohanan itu, di samping penerbangan yang memakan masa 30 jam.

"Walaupun mereka layak, mereka perlu memenuhi kriteria tertentu untuk membuktikan yang mereka mampu bersaing.

"Saya tidak akan membazirkan wang pembayar cukai untuk menghantar mereka yang tidak bersedia, jadi ia mengenai tahap pelumba kita.

"Adakah mereka berbakat? Itu sudah pasti. Adakah mereka perlu terus bekerja keras, itu juga sudah pasti," kata Beasley.

 

Advertisement

Must Watch Video