Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal Trek Kebangsaan: Shah Firdaus rangkul tiga emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahfirdaus.jpg
Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom 'panik' seketika sebelum mengguna pengalamannya di pentas antarabangsa untuk merangkul pingat emas acara pecut individu Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan.

Dalam aksi final menentang adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom di Velodrom Nasional, Nilai, pelumba berusia 26 tahun itu mencipta kebangkitan di perlumbaan kedua dan penentu sambil Safwan Nazeri melengkapkan kedudukan podium.

Ia merupakan emas ketiga yang diperoleh Shah Firdaus selepas memenangi acara pecut berpasukan dan keirin.

"Pecutan yang kurang baik berbanding dalam saingan kelayakan dan sehingga ke final, ternyata saya agak kepenatan namun dengan berbekalkan pengalaman bersaing dengan Datuk Azizulhasni Awang sebelum ini, kekuatan mental membantu saya untuk meraih pingat emas ketiga dalam saingan kali ini," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video