Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal Trek Kebangsaan: Azizulhasni sambar tiga emas

azizulhasni-awang.jpg
Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, meraih tiga pingat emas dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2019 apabila menjuarai acara keirin di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini. 

Kali ini, The Pocket Rocketman mempamerkan aksi yang lebih konsisten apabila menjuarai tiga acara yang disertainya berbanding Kejohanan Grand Prix (GP) Asia Tenggara minggu lalu.

Azizulhasni melengkapkan kemenangan ketiga menerusi acara keirin apabila mendahului dua wakil Selangor, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Mohammad Shariz Efendi, dengan catatan 10.924 saat.

Sementara itu, ratu pecut negara, Fatehah Mustapa, jelas masih berbisa apabila memenangi acara keirin dengan catatan 12.009s, diikuti Anis Amira Rosidi di tempat kedua dan Ju Pha Somnet di tempat ketiga.

Bagi acara pecut berpasukan, wakil pasukan Perlis, Anis Amira dan Ju Pha, lebih ampuh apabila mengalahkan gandingan Terengganu, Fatehah dan Nur Aisyah Mohammad Zubir, di pentas final, disusuli Selangor di tempat ketiga.

Kategori lelaki dalam acara pecut berpasukan menyaksikan Johor muncul juara dengan catatan 46.092s sementara Selangor di tempat kedua manakala tempat ketiga menjadi milik Kedah.

Advertisement

Must Watch Video