Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di tempat kesembilan malam tadi.
Dalam perlumbaan di Ballerup, Denmark itu, Shah Firdaus menamatkan saingan separuh akhir pertama di tempat keempat, sekali gus terlepas tempat ke final, yang hanya memperuntukkan tiga pelumba terbaik daripada setiap perlumbaan separuh akhir.
Dalam penentuan tempat ketujuh hingga 12, dia menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus menduduki tempat kesembilan keseluruhan.
Sebagai rekod, Shah Firdaus menamatkan acara sama dalam edisi tahun lalu di tempat ke-10.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Ridwan Sahrom, yang merupakan adik kepada Shah Firdaus, kandas dalam perlumbaan repechage pusingan pertama.
Muzaffar Musa
Fri Oct 18 2024