Impian peminat sukan tanah air untuk menyaksikan pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, meraih pingat dalam acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Perancis tidak kesampaian.
Shah Firdaus terkandas dalam separuh akhir dengan menduduki tempat terakhir yang turut menyaksikannya tewas kepada pelumba India dan Kazakhstan hari ini.
Pada awal saingan, Shah Firdaus mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan apabila mengisi tempat kedua dengan hanya ketinggalan 0.032 saat di belakang juara keirin, Harrie Lavreysen.
Bagaimanapun, dalam perlumbaan suku akhir, prestasi kayuhan pelumba dari Johor itu sedikit membimbangkan apabila dia di tempat ketiga, tetapi tetap meloloskan diri ke ke separuh akhir.
Namun, kayuhan kurang mantap menyekat hasratnya untuk ke final selepas menghuni tempat keenam, sekali gus memaksanya bersaing di penentuan kedudukan ketujuh hingga 12.
Shah Firdaus gigih memberikan aksi terbaiknya sebelum akhirnya akur menamatkan saingan keirin di tempat ke-10 dalam edisi ini.
Dia masih ada peluang mencipta kejayaan apabila beraksi dalam acara pecut esok sementara Fadhil Zonis dijadual turun dalam acara 1km ujian masa hari ini, manakala Anis Amira Rosidi akan beraksi dalam keirin wanita, dua hari lagi, selepas perjuangannya dalam pecut individu terhenti di peringkat pertama, pagi tadi.

Shah Firdaus Sahrom gagagl ke final acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2022 pic.twitter.com/cgXsVbfa3q
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 14, 2022