Pelumba berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, menamatkan saingan keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di tempat ketujuh sebentar tadi.

Dalam perlumbaan di Ballerup, Denmark itu, Nurul Izzah menamatkan saingan separuh akhir pertama di tempat kelima, sekali gus terlepas tempat ke final, yang hanya memperuntukkan tiga pelumba terbaik daripada setiap perlumbaan separuh akhir.

Dalam penentuan tempat ketujuh hingga 12, dia menamatkan perlumbaan di tempat pertama, sekali gus menduduki tempat ketujuh keseluruhan.