Pelumba berbasikal trek kebangsaan, Nurul Izzah Izzati Asri, fokus untuk terus memperkukuhkan struktur ototnya bagi persediaan awal menuju Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 pada 16 Oktober di Denmark.
Masih segar dengan api perjuangan dalam Sukan Olimpik Paris 2024, dia berazam meraih podium dalam acara keirin dan pecut dalam kejohanan di Copenhagen itu.
"Sekarang (fasa) atlet yang menyertai Sukan Olimpik Paris berehat sebagai persediaan mental kami menghadapi kejohanan seterusnya," katanya.
Mengambil kira apa yang terjadi kepada mentornya, Datuk Azizulhasni Awang, yang dibatalkan penyertaan, dia bersama-sama jurulatih mengambil berat perkara tersebut itu dengan meneliti video bagi memastikan kesilapan berkenaan tidak berulang.
"Kami mengadakan perbincangan dan mengkaji kesilapan teknikal seperti termasuk menelitinya menerusi rakaman. Kami juga menekankan aspek peraturan baru," katanya.
ss
Wed Aug 21 2024