Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni.jpg
Selepas meraih pingat gangsa dalam acara keirin, jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, berada di landasan tepat untuk menambah satu lagi keyayaan dalam acara pecut apabila menempatkan diri dalam separuh akhir Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin hari ini. 

Pelumba dengan gelaran The Pocket Rocketman itu menewaskan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya, dengan perbezaan 0.083 saat dalam perlumbaan pertama peringkat suku akhir.

Dalam perlumbaan kedua, Fukaya, yang berada di rannking keempat dunia, cuba untuk mempamerkan kayuhan bertenaga bagi mengheret penentuan itu ke perlumbaan ketiga tetapi Azizulhasni menafikan hasrat berkenaan apabila meneruskan pendahuluannya sehingga ke garisan penamat.

Selepas ini, pelumba kelahiran Dungun itu akan bertemu wakil Belanda, Harrie Lavreysen, dalam separuh akhir malam ini.
 

Advertisement

Must Watch Video