BERBASIKAL
Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni Awang titip pesanan buat kem negara di Chile
Lakaran sejarah peribadi tercipta apabila Shah Firdaus Sahrom mengakhiri badi pingat selepas meraih pingat emas dalam acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye, baru-baru ini.
Malah, majoriti suara peminat sukan tanah air berasakan inilah momen terbaik buat Shah Firdaus keluar daripada bayang-bayang Azizulhasni Awang dengan menewaskan pelumba handalan dunia seperti Sebastien Vigier dan Shinji Nakano.
Namun, perkongsian Azizulhasni Awang membawa naratif berbeza dengan memberikan pencerahan halangan yang bakal ditempuhi Shah Firdaus tujuh bulan daripada sekarang.
Iklan
"Kita bercakap mengenai kejohanan itu akan berbeza sedikit, kerana Kejohanan Piala Negara-Negara ada pelumba dunia yang tidak dapat pergi dan hadir.
"Tetapi di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia nanti semua pelumba akan ada kerana ia kejohanan tertinggi dan ruang untuk pelumba mengejar gelaran juara dunia.
"Daripada aspek trek pula berbeza juga, kerana lokasi di Chile berada di tempat tinggi jadi perlu sesuaikan diri dengan keadaan di sana. Kerana di sana tahap oksigen di sana sedikit rendah. Mungkin perlu pergi awal sedikit untuk menyesuaikan diri." katanya.
Must-Watch Video