BERBASIKAL

Berbasikal Trek Asia: Nurul Izzah jadi rujukan Yeong Zhen Yi

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
27/02/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Berbasikal Trek Asia: Nurul Izzah jadi rujukan Yeong Zhen Yi
Hari terakhir Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2025 di Velodrom Nilai memperlihatkan kisah kejayaan Yeong Zhen Yi yang meraih pingat gangsa acara kejar mengejar elit dalam penampilan pertamanya di pentas itu.
Zhen Yi, 22, menjadikan rakan seperjuangan, Nurul Izzah Izzati Asri, sebagai aspirasinya hingga berjaya mendaki podium dengan catatan 5:01.804.
Karier Zhen Yi dan Nurul Izzah bermula pada detik yang sama, namun perjalanan Nurul Izzah jauh lebih terbuka yang menyaksikan bertanding di peringkat Sukan Olimpik Paris sebelum mempertahankan kilauan emas acara keirin semalam.
Senario ini membuatkan Zhen Yi mengidolakan Nurul Izzah dan komited untuk mencipta impak yang sama seperti rakan seperjuangan itu.
""Dia mampu menewaskan peserta yang lebih kuat. Saya harap mampu beraksi sepertinya.
"Kami pernah menyertai kriterium dan berlatih bersama pasukan remaja di Australia," katanya di Nadi Arena.
Zhen Yi yang terdahulu beraksi dalam saingan lebuh raya memilih untuk beraksi dalam saingan baru di trek, kejar mengejar individu 4km dan percaturannya itu berbaloi apabila menggondol pingat pertama Kejohanan Asia menerusi percubaan sulungnya.
"Saya sangat gembira dengan mutu persembahan dan bertambah laju dalam final.
"Kekuatan saya adalah acara lebuh raya tetapi juga mempunyai peluang dalam acara kejar mengejar individu," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video