PARA ASEAN 2017
Berbasikal: Skuad lebuhraya tambah enam emas
Selepas meraih empat pingat emas dan tiga perak semalam, skuad berbasikal lebuhraya negara terus unggul apabila mengutip enam emas daripada tujuh yang ditawarkan dalam saingan Sukan Para ASEAN 2017, hari ini.
Kecemerlangan Malaysia pada hari ini dimulakan oleh Alex Lim Tao Keong yang berjaya mengungguli kategori H1-H5 sebelum Mohd Najib Turano menambah emas menerusi kategori C4.
Antara pemenang emas lain buat negara adalah Zuhairie Ahmad Tarmizi bagi kategori C5 manakala Aiman Asyraff Ahmad Bajuri/Mohd Faizal Mohamed Noh mengungguli kategori B.
Iklan
Persaingan sengit dapat dilihat bagi kategori C1, C2, C3 antara Mohamad Syazwan Roshdi, Mohd Adi Raimie Amizazahan serta Yusof Hafizi Shaharuddin, namun kemenangan akhirnya berpihak kepada Syazwan.
Bagi acara wanita, pasangan Nur Azlia Syafinaz dan Noraidillina Adla berjaya membolot emas bagi kategori B.
Must-Watch Video