Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal Para Dunia: Yusof Hafizi raih gangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusof-basikal-para.jpg
Pelumba berbasikal para negara, Yusof Hafizi Shaharuddin, mencipta sensasi apabila meraih pingat gangsa acara scratch 15 kilometer C-1 dalam Kejohanan Berbasikal Para Dunia di Milton, Kanada hari ini.

Pelumba yang berada di ranking kelapan kategori C-1 itu bukanlah pelumba pilihan tetapi mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan beberapa pelumba terbaik dunia seperti pilihan ketiga dari Jerman, Pierre Senska.

Selepas ini, Yusof Hafizi akan bergandingan dengan Najib Turano dan Zuhairi Ahmad Tarmizi dalam pusingan kelayakan acara pecut berpasukan.

"Alhamdulillah, dapat menang (pingat gangsa) acara scratch.

"Dengan saranan jurulatih dan latihan yang saya jalankan di Malaysia, saya dapat mengikuti semua jaguh dunia di depan.

"Selepas berusaha dengan gigih, Alhamdulillah, saya ke penamat dengan kedudukan ketiga," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video