Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal Para Dunia: Salehuddin puas hati prestasi keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusof-basikal-para.jpg
Jurulatih skuad berbasikal trek para negara, Salehuddin Mohd Noh, berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan pelumba negara dalam Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia di Milton, Kanada yang berakhir semalam.

Malaysia, yang menghantar empat wakil, meraih satu pingat gangsa menerusi Yusof Hafizi Shaharuddin dalam acara scratch 15 kilometer C1.

Selain itu, gandingan Yusof Hafizi, Najib Turano dan Zuhairi Ahmad Tarmizi turut menamatkan acara pecut berpasukan lelaki di tangga keempat.

"Ia peluang yang baik untuk kami bersaing dalam Sukan Paralimpik di Tokyo.

"Kami hanya menunggu slot kelayakan tambahan yang ketiga untuk ke temasya itu," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video