Pelumba trek negara, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri, menjadi harapan untuk menyapu bersih empat pingat emas yang ditawarkan pada hari kedua di Velodrom Nasional, sekaligus mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai gergasi acara itu.
Sofian berkongsi kedudukan pertama omnium lelaki bersama pelumba Indonesia, Aiman Cahyadi, selepas tamat dua acara dan mereka berkongsi 72 mata selepas beraksi dalam scratch dan perlumbaan mata.
Persaingan dijangka lebih sengit untuk baki perlumbaan penyingkiran dan tempo bagi menentukan misi menyapu bersih empat emas.
"Saya dan rakan-rakan akan melakukan yang terbaik. Kami sudah berlatih habis-habisan dan telah diberikan peralatan yang baru.
"Saya harap akan berlaku keajaiban untuk memenangi emas, Insya-Allah," kata Sofian.
Sesi pagi menyaksikan Malaysia terlalu hebat dalam tiga acara, iaitu pecut individu lelaki dan wanita serta kejar-mengejar individu lelaki, terutama membabitkan juara dunia keirin, Azizulhasni Awang.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.