BERBASIKAL
Berbasikal Jelajah Thailand: Harrif Saleh raih tempat kedua peringkat pertama
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh, muncul pelumba kedua terpantas menuju garisan penamat peringkat pertama perlumbaan Jelajah Thailand hari ini.
Perlumbaan sejauh 157.30 kilometer itu memberikan cabaran berbeza buat 186 pelumba, terutama melibatkan cuaca tidak menentu di bandar Mukdahan.
Malaysia menghantar tiga pasukan yang diwakili TSG, Team Sapura Cycling (TSC) dan skuad kebangsaan.
Iklan
Menuju ke garisan penamat, peloton amat agresif mengasak tetapi Harrif berhasil menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang pelumba Poland, Marceli Boguslowski.
Harrif juga akan menyarung jersi ungu selaku pelumba terbaik Asia menjelang pusingan kedua esok.
Must-Watch Video