Irwandie Lakasek menyumbang emas pertama negara di Velodrom Nasional Nilai selepas memenangi acara scratch berbasikal Sukan SEA Ke-29, sebentar tadi.
Pelumba kelahiran Terengganu yang meningkat naik itu mempamerkan pecutan bertenaga pada pusingan terakhir untuk selesa meninggalkan pesaingnya.
Perak dan gangsa dimenangi peserta Thailand, Thurakit Boonratanathanakorn dan Thanawut Sanikwathi, selepas kedua-dua pelumba itu menamatkan perlumbaan di tangga kedua dan ketiga.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Mohd Afiq Huznie Othman, ketiggalan satu pusingan di belakang kelompok depan.
"Afiq memang tahu apa yang akan dia lakukan bersama-sama saya. Kami sudah kenal sejak di peringkat junior sehinggalah menyertai program Kita Juara. Dari dahulu lagi kami selalu bertukar-tukar untuk menang," kata Irwandie.
"Alhamdulilah, saya tidak ada masalah untuk membantu Irwandie. Perancangan saya dan Irwandie memang menjadi hari ini.
"Dari dulu hingga kini tidak kira bertanding dalam Piala Asia atau Kejohanan Dunia, memang saya akan bersama-sama dengan Irwandie," kata Afiq.
Irwandie sebelum ini meraih tempat kedua acara sama dalam Kejohanan Trek Asia di Taiwan, Jun lalu.
Dalam temasya ini, dia turut menyertai acara kejar-mengejar berpasukan.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.