Pelumba lebuh raya, Mohd Harrif Salleh, gagal mempertahankan emas Sukan SEA yang dimenangi dua tahun lalu, malah ditinggalkan peloton dalam acara lepas beramai-ramai di Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.
Sebaliknya, rakan senegara, Shahrul Mat Amin, muncul pelumba kedua terpantas dengan mencatat 3 jam 26 minit 4.003 saat untuk memenangi perak dalam perlumbaan sejauh 141.6km itu.
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu ketinggalan 4.224s di belakang pemenang pingat emas, Nawuti Liphongyu (3:25:59.809) dari Thailand, sementara pingat gangsa menjadi milik pelumba Vietnam, Mai Nguyen Hung (3:26:4.141).
"Laluan mendaki dan angin yang kuat menyukarkan kami untuk berlumba dengan baik. Menerusi perancangan jurulatih, mana-mana pelumba basikal mampu meraih kemenangan, kami harus memberikan cubaan terlebih dahulu," kata Harrif.
Sementara itu, tiga lagi pelumba negara, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Adiq Husainie Othman dan Mohd Zamri Salleh masing-masing berada di tangga kelima, kelapan dan ke-13.
Harrif, yang memenangi acara acara kriterium, Isnin lalu, menamatkan saingan di kedudukan ke-30 manakala Anuar Manan ke-33.
"Saya kecewa kerana gagal mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi dua tahun lalu. Tetapi kejayaan kriterium di Putrajaya sudah cukup membanggakan," tambah Hariff.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.