Skip to main content

Sukan SEA

Berbasikal: Fatehah, Farina sumbang emas ketiga di Nilai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

27817fatehah.jpeg
Gandingan Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan menghadiahkan pingat emas untuk Malaysia selepas menewaskan Indonesia dalam perlumbaan akhir pecut berpasukan wanita di Velodrom Nasional Nilai, hari ini.

Pasangan negara itu mencatat masa terpantas 27.489s pada pusingan terakhir sementara Indonesia yang dibarisi Crismonita Dwi Putri dan Santia Tri Kusuma ditinggalkan 0.174s untuk akur dengan pingat perak.

"Persiapan rapi di Melbourne selama lima bulan memberi peningkatan besar kepada semua, terutama kepada pelumba pelapis.

"Pada hari pertama, kami telah meraih tiga pingat emas. Ia adalah satu motivasi untuk terus mempamerkan aksi yang cemerlang.

"Semua mempamerkan aksi yang sangat bagus dan kami berharap skuad berbasikal mampu menyumbang 13 emas," kata Fatehah.

Sementara itu, perebutan pingat gangsa dimenangi Thailand yang menewaskan Singapura dengan perbezaan 4.967s.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video