Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, menarik diri daripada acara pecut Sukan Komanwel 2018 berikutan masih bergelut dengan jangkitan virus yang dialaminya sejak Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda, awal bulan lalu.
Keputusan menarik diri daripada acara pecut itu disahkan oleh jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley.
Bagaimanapun, katanya, pelumba berusia 30 tahun dengan jolokan 'The Pocket Rocketman’ itu boleh melakukan kejutan sekiranya layak ke final acara keirin esok.
Beliau berkata Azizulhasni terpaksa menarik diri daripada acara pecut selepas diserang jangkitan virus di paru-paru buat kali kedua.
Dalam acara keirin esok, katanya, beliau berharap bekas juara dunia keirin itu akan mendapat laluan mudah di peringkat awal dan sekiranya layak ke final, Azizulhasni belum tahu kemampuan sebenarnya.
"Saya hanya mahu dia sembuh semula. Oleh itu, kami tidak mahu dia menyertai banyak perlumbaan di sini,” kata Beasley kepada pemberita di Velodrom Anna Mearas, hari ini.
-- Bernama