HOKI

Beng Hai sesuai pikul peranan pengarah teknikal -- Rodhanizam

Penulis Jemputan 10/02/2019 | 11:44 MYT
Bekas penyerang hoki negara, Rodhanizam Mat Radzi, mencadangkan Tai Beng Hai sebagai calon paling sesuai untuk mengambil alih tugas selaku pengarah teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tatkala nasib Terry Walsh bakal ditentukan minggu depan.
Beng Hai dianggap calon paling sesuai untuk menggantikan Walsh.
Bekas pengendali skuad remaja dan senior lelaki skuad kebangsaan itu pernah terbabit dengan Program Pembangunan 1MAS selain arif mengenai kemampuan jurulatih kebangsaan.
Jadi, beliau sepatutnya calon terbaik sekiranya KHM menamatkan kontrak Walsh ekoran masalah kewangan.
"KHM boleh menggunakan khidmat Terry Walsh sebagai penasihat mahupun pengarah teknikal.
"Ia dilihat sebagai satu langkah yang bijak," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN) memutuskan KHM perlu memilih sama ada mengekalkan Walsh atau Roelant Oltmans ekoran kewangan terhad untuk membayar gaji mereka.
Walsh dilantik pengarah teknikal pada 2015 sementara Oltmans berdepan tugas berat menjelang kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula April depan.
;