SUKAN LAIN
Belum pulih daripada kemalangan, Nurul Masyitah perlu bersabar
Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, akan terlepas menyertai kejohanan sukan air di Putrajaya pada 11 hingga 13 Oktober dan perlumbaan rakit di Taman Negara, Pahang, pada 18 dan 19 Oktober 2024 selepas tragedi yang hampir meragut nyawanya apabila dilanggar seorang pemandu mabuk, Mei lalu.
Jelasnya, dia berasa agak terkilan kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk kembali beraksi pada prestasi dan persembahan peringkat tertinggi.
Pun begitu, keadaan tulang serta kulitnya berada dalam fasa pemulihan dan memerlukan pemantauan berkala dari doktor.
Iklan
"Alhamdulillah, selepas menerima beberapa siri rawatan di hospital, saya semakin pulih tetapi masih dalam pemantauan pakar perubatan.
"Pada masa sekarang, saya belum dibenarkan terlibat dengan mana-mana aktiviti sukan mahupun kejohanan terdekat kerana fokus terlebih dahulu tertumpu kearah badan saya.
"Secara peribadi, sekurang-kurangnya memerlukan lima tahun untuk kembali mendapatkan prestasi semula tatkala saya perlu bersabar," katanya kepada Nadi Weekend.
Must-Watch Video