Skip to main content

Sukan

Belanjawan 2026: Sukan orang pekak rakam penghargaan kepada Kerajaan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

msdeaf.jpg
Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSdeaf) Dr Ong Shin Ruenn, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pembentangan Belanjawan 2026 yang melibatkat sukan orang pekak negara.

Lebih manis, kontinjen Malaysia berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila membawa pulang 25 pingat emas, 16 pingat perak dan 11 pingat gangsa, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Asia Tenggara Pekak (SEA Deaf) 2025. 

"Pengumuman ini merupakan berita yang amat menggembirakan dan bermakna kepada komuniti kami yang telah hampir 40 tahun berjuang untuk mendapatkan kesamarataan dan pengiktirafan dalam arena sukan negara.

"Kami percaya, dengan sokongan berterusan daripada kerajaan, pihak kementerian serta semua rakan strategik, sukan orang pekak akan terus maju dan melahirkan lebih ramai atlet cemerlang yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia," katanya. 
 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video