SUKAN LAIN
Belanjawan 2025: MSDeaf mohon peruntukan RM3 juta hadapi Deaflympics
Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Ruenn, memohon peruntukan RM3 juta bagi persediaan menghadapi Deaflympics berikutan pengumuman Belanjawan 2024 yang diperuntukkan kepada sukan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Shin Ruenn menjelaskan ia bagi tujuan melancarkan persediaan mereka bagi menghadapi kejohanan itu yang berlangsung di Tokyo, Jepun, dari 15 hingga 26 November depan.
Selain Deaflympics, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi dua lagi kejohanan utama tahun depan ialah SEA Deaf Games di Jakarta, Indonesia Jun 2025 serta Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) yang di Kuching, Sarawak, Julai 2025.
"Pihak kami sangat berterima kasih kepada pihak KBS serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang membantu memberikan peruntukan RM3 juta untuk menghadapi Deaflympics," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Kami sedia menerima lebih banyak dana untuk membantu kami membuat latihan, mencari lebih banyak bakat untuk mewakili negara sementara beraksi di kejohanan luar negara."