Skip to main content

Sukan

Bekas pengerusi YAKEB bukan omong kosong!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb.jpg
“Assalammualaikum tuan, Selamat Hari Raya”

"Seperti saya janjikan akan buat kebajikan walaupun tak ada jawatan.

"Doakan agar dipermudahkan urusan ini.

9:35 pagi, 16 April 2025 saya menerima pesanan ini menerusi Whatsapp dari bekas pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Terus saya teringat pertemuan terakhir kami di studio Nadi Arena dalam temu bual secara langsung awal Mac lalu - ayat yang sama dilontar Datuk Noorul Ariffin.
 
Beliau bukan cakap kosong, tetapi cakap serupa bikin. Memang mengotakan janjinya kepada saya dan rakan-rakan wartawan lain. 

Bayangkan pada hari raya kedua Aidilfitri baru-baru ini, Datuk Noorul memenuhi permintaan bekas atlet skuasy lelaki nombor satu Malaysia, Mohamed Kenneth Low, untuk membawanya keluar menikmati roti canai.

Itulah yang dilakukan Datuk Noorul walaupun dia bukan lagi terbabit dengan YAKEB.

Semalam, 15 April Dato Noorul pula singgah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) meninjau keadaan pemegang rekod kebangsaan acara 50 kilometer (km) jalan kaki, G. Saravanan, yang menerima rawatan di situ.

Selidik punya selidik rupanya Datuk Noorul juga telah mengasaskan Yayasan Pemerkasaan Pendidikan dan Kemahiran sejak 2013.

Yayasan yang dipengerusikan beliau ini turut berperanan membantu bekas atlet yang memerlukan.

Syabas Datuk Noorul!

Advertisement

Must Watch Video