Bekas pelumba basikal negara, Salina Yussof, dilaporkan menghidap kanser usus tahap empat dan kini terlantar di Rumah Jagaan Warga Emas Mercy, Seremban.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Bangkok 1985 itu terpaksa diletakkan di rumah jagaan berkenaan selepas kehilangan anak tunggalnya ekoran kemalangan pada 2019

Mengakui tidak selesa dengan keadaan di sana, dia cuma berharap dapat menyambut syawal kali ini bersama satu-satunya abangnya.

"Keluarga saya ada yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Mereka ada datang melawat, kerap juga tetapi mereka bekerja. Abang saya ada datang melawat.

"Kalau boleh saya nak keluar kerana mahu dapat layanan lebih baik. Saya duduk seorang sahaja di sini," katanya.