HOKI
Bekas pemain hoki negara, Asmawi Zaidi perlukan bantuan
Tular satu video mengenai seorang lelaki dilihat berjalan berkaki ayam, meracau dan kelihatan seperti orang kurang siuman di laman sosial baru-baru ini.
Bekas ketua jurulaih skuad Piala Dunia Hoki Remaja 2009, K. Rajan, mengesahkan bahawa itu merupakan bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi, seperti yang didakwa, sebelum ini.
Ketika dihubungi oleh Stadium Astro hari ini, K. Rajan bersama bekas pemain serta kenalan rapat sedang mengumpul maklumat dan mahu mengatur satu inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada Asmawi.
Iklan
Untuk rekod, Asmawi merupakan seorang bekas penjaga gol kebangsaan dan pernah menjalani latihan sebelum terlepas mewakili negara dalam Piala Dunia Hoki Remaja 2009.
Mohamad Asmawi pernah menyarung jersi skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara dan mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk di Jerman, India serta Pakistan.
Stadium Astro dan Nadi Arena akan mendapatkan informasi terkini.
Must-Watch Video