Skip to main content

Sukan Lain

Bekas pemain hoki ditemui gelandangan, kini dirawat di HTAA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asmawi.jpg
Seorang lelaki yang dipercayai bekas pemain hoki negara dan sebelum ini hidup sebagai gelandangan akhirnya berjaya dikesan serta diberi bantuan oleh pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad berkata, individu terbabit ditemui oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pihak JKM akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan latar belakang dan keluarga individu tersebut daripada pihak hospital,” katanya.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab JKM untuk membantu lelaki terbabit mendapatkan rawatan yang diperlukan dan berpeluang untuk sembuh serta meneruskan kehidupan secara normal.

Pada 9 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan tentang tularnya rakaman video seorang lelaki yang dilihat berjalan berkaki ayam, meracau, dan kelihatan seperti orang kurang siuman di media sosial.

Individu berkenaan didakwa sebagai Mohamad Asmawi, yang pernah membawa cabaran pasukan hoki kebangsaan di pentas antarabangsa termasuk ke Jerman, India dan Pakistan.

Lelaki berusia 36 tahun itu meninggalkan kerjaya sebagai pemain hoki dan memilih untuk pulang ke kampung ketika usianya sekitar 25 tahun.-Awani 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video