Skip to main content

Sukan Lain

Bekas pemain cemburu Ragbi Super School Malaysia makin meriah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bekas-pemain-ssr.jpg
Aksi Kejohanan Ragbi Super School Malaysia (SSR) hari ini menyaksikan kejutan apabila Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) tewas kepada Sekolah Sultan Alam Shah.

Bekas Pemain SDAR, Alyzack Daniel, akui cemburu dengan kemeriahan kejohanan itu jika dibandingkan dengan zamannya bermain dalam edisi pertama.

Alyzack, yang menjadi tonggak SDAR pada 2013, berharap kejohanan itu akan terus meningkat daripada segi kualiti dan juga prestij, demi memartabatkan pembangunan akar umbi sukan ragbi.

"SSR tahun ini sangat meriah dengan adanya penyokong dan ibu bapa yang amat-amat menyokong," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Selain itu, ada juga alumni daripada kedua-dua sekolah, jadi memang saya nampak SSR makin meriah.

"Saya merupakan pemain edisi pertama sewaktu permulaan SSR tetapi dahulu ia dipanggil Super Six melibatkan hanya enam sekolah.

"Tapi sekarang kita dapat lihat banyak sekolah dan kelab ragbi yang menyertai kejohanan ini.

"Jadi, saya rasa agak terkilan kerana zaman saya dahulu tidak seperti ini," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video