Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, jelas terkesan dengan pemergian Elly Idzlianizar Elias, yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai ditetak berkali-kali dalam satu insiden pada Selasa lalu.
Polis hari ini mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cub Prix negara itu disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.
Zaqhwan, yang kini sedang bersaing dalam acara Asia Superbike 1000, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), mengakui terkesan dengan kehilangan Elly Idzlianizar, yang dianggapnya sebagai idola.
"Saya mahu mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Abang Elly," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Sebenarnya agak sedih apabila hari ini (semalam) saya dapat tahu Arwah sudah pergi meninggalkan kita, memang saya agak terkilan.
"Banyak kenangan manis bersamanya dan saya menganggapnya sebagai salah seorang idola dan senior saya.
"Sebenarnya kami semua terasa dengan pemergiannya. Saya mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Insya-Allah.
"Saya akan sentiasa mendoakannya agar dia lebih tenang di sana."