Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan Sukan Para ASEAN 2027.
Pelantikan Abdul Rashid sebagai CEO berkuat kuasa hari ini dan tanggungjawab utamanya ialah mengetuai sekretariat yang berperanan untuk menyelaras semua aspek persiapan bagi pengajuran temasya dwitahunan serantau itu.
Untuk rekod, Abdul Rashid memainkan peranan penting membantu MASOC dalam bidang pengurusan ketika kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017.
Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2017, di mana Kontinjen Malaysia berjaya menamatkan kempen sebagai juara keseluruhan dengan meraih 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa.
Dengan penganjuran edisi Sukan SEA 2027, Malaysia bakal menjadi tuan rumah temasya sukan berprestij ini buat kali ketujuh selepas edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.