Skip to main content

Sukan Lain

Bekas bintang UFC dedah harungi 'malam sukar' berikutan terlibat dalam kemalangan motosikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ngannou.jpg
Francis Ngannou telah mendedahkan tentang tekanan yang dialaminya sejak terlibat dengan kematian seorang gadis berusia 17 tahun.

Bintang MMA dan bintang itu merempuh Brigitte Ntsama ketika menunggang motosikalnya di Yaounde, Cameroon awal tahun ini.

Dia bergegas membawa mangsa ke Hospital Besar Yaounde namun remaja itu meninggal dunia berikutan komplikasi dalam pembedahan.

Ngannou memecah kesunyian mengenai kemalangan yang berlaku Mei lalu, mengatakan dia membantu keluarga Ntsama dan menyampaikan ucapan takziah.

Dia kini bercakap dengan panjang lebar tentang tragedi itu, memberitahu rancangan Ariel Helwani, "Saya dalam perjalanan ke rumah ibu saya kemudian saya melihat seorang gadis cuba menyeberang jalan.

"Apabila dia menoleh ke arah saya, dia hanya melihat dan terkaku di sana.

"Selepas berlaku kemalangan itu, saya meninggalkan motosikal dan membawanya ke hospital menaiki teksi.

Ngannou berkongsi lagi, "Saya membawanya ke bilik kecemasan. Mereka meyakinkan saya bahawa semuanya baik, tetapi saya masih tinggal di sana selama dua jam sehingga orang datang.

"Tanpa saya sangka, dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia."

Ngannou telah mengalami banyak kesedihan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anak lelakinya, Kobe, yang berusia 15 bulan meninggal dunia akibat kecacatan otak hampir 12 bulan sebelum kemalangan motosikal dan dia mengakui dia mengalami masalah tidur.

"Selepas berdepan kesukaran untuk tidur sejak beberapa bulan yang lalu, berurusan dengan semua ini, memikirkan apa yang anda boleh lakukan, atau sepatutnya lakukan, bagaimana anda boleh, apa yang anda akan lakukan untuk mengelakkannya, ia adalah perasaan yang sangat buruk," katanya.

Advertisement

Must Watch Video