Skip to main content

Sukan Lain

Bekas atlet gimnastik Johor meninggal dunia beberapa hari sebelum Aidilfitri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asnawi-salleh.jpg
Seluruh umat Islam hanya tinggal beberapa hari sebelum menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri namun sukan Malaysia dikejutkan dengan berita yang cukup menyedihkan. 

Tanggal 24 Mac 2025, perginya seorang bekas atlet gimnastik Johor bertemu Sang Pencipta, Mohd Asnawi bin Salleh, meninggal dunia selepas kenderaan motorsikal yang ditunggang menuju pulang merempuh sebuah kereta di Jalan Kota Tinggi-Kluang.



Asnawi atau mesra disapa Nawi, merupakan atlet gimnastik yang meningkat naik tahun 2003, merupakan salah seorang atlet di bawah Program Gemilang ketika menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (kini dikenali Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail). 

Nawi juga merupakan bekas atlet Sukma Johor dan selepas tamat karier sebagai atlet, Nawi berkongsi pengalaman sebagai jurulatih di Singapura.






Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Al-Fatihah.

Advertisement

Must Watch Video