Bekas atlet yang juga ikon sukan negara rata-rata menzahirkan rasa puas hati dan bangga terhadap kemudahan yang dinaik taraf di KL Sports City untuk Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Noraseela Mohd Khalid, Karunakarer Selvaratnam, Tan Sri M.Jegathesan dan Farah Begum adalah antara bekas jaguh negara yang diberi penghormatan untuk melihat dengan lebih dekat prasarana di Bukit Jalil, hari ini.
Mereka dibawa meninjau beberapa venue utama seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, Pusat Akuatik Nasional dan Arena Axiata .
"Kemudahannya adalah berkelas dunia dan kita seharusnya berasa berbangga dengan apa yang kita miliki hari ini," kata Selvaratnam yang juga Presiden Persatuan Olimpian Malaysia.
Sementara itu, bekas atlet olahraga, Jegathesan, berkata: "Kami begitu teruja dengan kemudahan yang ada. Apa yang perlu dikatakan tidak ada yang lain, ia berkelas dunia!"
Bagaimanapun, tinjauan Nadi Arena di setiap venue menunjukkan masih ada lagi kerja-kerja akhir.
Pengurus Besar Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), S. Nalgunalingam, menjelaskan venue itu akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan pada 22 Julai ini.
"Saya sangat yakin dalam beberapa minggu nanti, kita akan dapat menyaksikan atlet berlatih di sini seperti yang saya janjikan pada Disember.
"Kami akan memberikan mereka peluang untuk berlatih di gelanggang sendiri dan diharapkan mereka dapat menyumbang banyak medal," katanya.