BERBASIKAL

Basikal WX-R Vorteq milik Fadhil Zonis patah dua

Shaiful Shamsudin 03/02/2024 | 12:28 MYT
Fadhil Zonis terpaksa melupakan acara final keirin berbasikal trek Piala Negara-Negara UCI gara-gara jenteranya, WX-R Vorteq, patah dua.
Fadhil terlepas peringkat final selepas terlibat dengan pelanggaran berkelajuan tinggi dalam pusingan repechage di Adelaide, petang tadi.
WX-R Vorteq yang berharga setiap satu RM300,000 merupakan jentera yang diperbuat daripada titanium dan karbon fiber akan digunakan Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis menuju temasya Sukan Olimpik Paris.
Acara itu kemudian dimenangi oleh Azizulhasni selepas mengatasi dua pencabar Jepun.
"Dia mengalami lebam di bahunya selain kulit melecet.
"Mujur dia tiada apa-apa," kata jurulatih kebangsaan, John Beasley, di Nadi Weekend sebentar tadi.
#Berbasikal trek #Sukan Olimpik Paris