Tadej Pogacar mengekang asakan juara bertahan Mathieu Van Der Poel untuk menangi kejuaraan kedua Kejohanan Berbasikal Jelajah Flanders.
Juara jelajah Perancis tiga kali itu, mewakili pasukan UAE Team Emirates-XRG, melengkapkan laluan sejauh 270 kilometer (km) di Belgium dalam tempoh lima jam, 58 minit dan 41 saat.
Pogacar menamatkan perlumbaan dengan kelebihan satu minit ke atas pelumba Denmark, Mads Pedersen, manakala pelumba Belanda, Van Der Poel di tempat ketiga.
Terdahulu, Van Der Poel mengalami kemenangan ketika 127 kilometer perlumbaan untuk ditamatkan.
Van Der Poel menyertai peloton hanya 10 kilometer selepas perlumbaan itu dan bersaing dengan Pogacar pada laluan berbukit.
Namun, pelumba Slovenia itu memecut pada pendakian terakhir di Oude Kwaremont pada baki 15 kilometer untuk ditamatkan dan meluncur pada laluan mendatar untuk kejayaan kayuhan solo.