Acara dan program sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 tahun ini bermula secara rasminya pukul 8 pagi tadi.

Ia dimulakan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dataran Putrajaya pada pukul 8 pagi dan turut diiringi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Antara yang mencuri tumpuan adalah kehadiran juara dunia MiniGP, Qabil Irfan yang mengetuai 12 pelumba cilik yang membuat penampilan dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67.

Acara perbarisan pada kali ini melibatkan 13,009 peserta persembahan dan perarakan, 112 haiwan dalam perkhidmatan, 439 aset darat dan udara daripada pelbagai agensi.

Kira-kira 200,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 dan Dataran Putrajaya mula dibanjiri seawal jam 1 pagi.

Putrajaya menjadi hos sambutan Hari Kebangsaan buat kali kedua berturut-turut dimana kali terakhir adalah tahun lalu.